Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
254) DEWAN SERBAGUNA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah dewan serbaguna dan dewan MPKK boleh digunakan untuk program-program anjuran pihak ADN pembangkang?
Penggunaan Dewan Serbaguna dan Dewan MPKK oleh ADN Pembangkang untuk pelaksanaan program boleh dipertimbangkan. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada penilaian impak dan faedah pelaksanaan program tersebut kepada masyarakat. Selain itu, penggunaan dewan tersebut adalah tertakluk kepada garis panduan yang disediakan oleh MPKK/PDT serta dasar-dasar penggunaan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dari masa ke semasa.
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri Selangor ada perancangan untuk membina lagi dewan orang ramai ataupun dewan serbaguna khususnya di DUN Morib?
Buat Masa ini telah terdapat 5 dewan orang ramai di dalam DUN Morib di bawah seliaan JPKK / PDTKL dan mencukupi untuk kegunaan dan aktiviti komuniti setempat. Perancangan baikpulih atau naiktaraf dewan tersebut berdasarkan keperluan dan akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa.