Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

253) PENEBANGAN POKOK-POKOK BESAR DAN TINGGI YANG BERISIKO TINGGI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan dan rancangan Kerajaan Negeri dalam usaha mengelakkan kejadian pokok tumbang yang mengakibatkan kecederaan orang awam dan harta benda?

    Pihak PBT akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pengurusan dan penjagaan pokok berdasarkan data inventori PBT tersebut.

    Selain itu, tindakan penilaian populasi pokok adalah penting untuk Kerajaan Negeri laksanakan kerana dapat mengenal pasti sumber risiko yang memudahkan pengurusan serta penjagaan oleh arboris atau pakar penjagaan pokok yang bertauliah.

    Antara pelan dan perancangan lain yang diambil adalah seperti berikut:

    1. Pelan Jangka Pendek : Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok-pokok berisiko melalui kaedah perolehan kontraktor tahunan dan kaedah kedua melalui program penyelenggaraan pokok secara pasukan in-house di PBT.
    2. Pelan Jangka Sederhana : Pelaksanaan penilaian pokok berisiko melalui pelantikan perunding yang bertauliah.Pelan Jangka Panjang : Penyemakan semula dasar-dasar Kerajaan Negeri yang melibatkan penanaman pokok utama oleh pihak
    3. pemaju.
    4. Pelan Berterusan : Mewujudkan inventori pokok-pokok yang berisiko di semua kawasan PBT di Negeri Selangor.
  2. Apakah kaedah bagi PBT untuk mengenalpastikan pokok yang berisiko tinggi dan berpotensi tumbang, supaya menebangnya sebelum kemalangan berlaku?

    Bagi mengenal pasti pokok yang berisiko tinggi dan berpotensi tumbang dan menebangnya sebelum kemalangan berlaku, kaedah yang dilakukan adalah melalui pemantauan berkala oleh PBT dan arboris yang dilantik oleh PBT  akan menganalisis tahap kesihatan pokok terutamanya pokok-pokok yang berusia melebihi 20 tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.