Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
252) KESELAMATAN PEMAIN SUKAN NEGERI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan keselamatan bagi pemain-pemain The Red Giants mengambil iktibar daripada serangan ke atas Faisal Halim?
Pihak Kerajaan Negeri Selangor telah bertindak dengan begitu proaktif dalam menangani isu keselamatan yang melanda pemain Selangor FC baru-baru ini. Pihak Kerajaan begitu vokal dalam menyuarakan kerisauan dan mengecam sekeras-kerasnya kejadian yang berlaku kepada pemain Selangor. Ini telah memupuk kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat negeri Selangor dan mengambarkan keperihatinan terhadap keselamatan pemain.
Selain dari itu, kerjasama rapat di antara Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama dengan pihak Pihak Polis Di Raja Malaysia, secara khusus nya Ketua Polis Selangor dalam menangani isu ini dilihat amat baik.
Kerjasama ini dapat dilihat di mana pihak Kerajaan Negeri dan PDRM telah menyediakan anggota polis yang lebih ramai pada hari-hari perlawanan home dan away. Kekuatan anggota yang disediakan pada hari perlawanan home adalah dua kali ganda berbanding sebelum ini.
Tambahan lagi, Kerajaan Negeri telah meluluskan untuk melantik sekuriti peribadi dari pihak swasta untuk mengawal keselamatan pasukan dan pegawai-pegawai yang berkenaan pada setiap hari semasa menjalani latihan di Pusat latihan pasukan dan juga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya ( MBPJ ) mahupun semasa bertandang di Stadium lawan.
-
Apakah protokol keselamatan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri?
Dalam memastikan rawatan & proses pemulihan terbaik kepada Faizal Halim, kos rawatan bagi beliau telah ditanggung sepenuhnya oleh DYMM Sultan Selangor, DYTM Raja Muda Selangor dan pihak Kerajaan Negeri dari permulaan rawatan bermula sehingga beliau dapat kembali bermain semula. Manakala Selangor FC akan memastikan keperluan sokongan terhadap beliau dari segi mental dan fizikal akan dibantu sepenuhnya melalui pegawai sains sukan pasukan.
-
Bagaimanakah kerajaan memastikan semua organisasi sukan mematuhi protokol keselamatan?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor akan memberi penekanan terhadap isu keselamatan terhadap semua agensi yang terlibat dalam aktiviti sukan terutamanya kepada Persatuan-persatuan Sukan Negeri yang bergabung. Kesedaraan terhadap keselamatan sangat penting bagi memastikan atlet mahupun pasukan tidak terganggu terhadap faktor luar semasa bertanding.
Kementerian Belia dan Sukan juga telah memperkenalkan inisiatif Kod Sukan Selamat ‘Ke arah Persekitaran Sukan Yang Selamat’ bagi tujuan rujukan serta garis panduan terhadap semua pihak dalam penglibatan aktiviti sukan samada secara riadah mahupun secara profesioanal. Di dalam garis panduan Kod Sukan Selamat ianya telah menggariskan beberapa elmen penting meliputi ;-
- Pengenalan
- Pemakaian Kod
- Skop salah laku
- Peranan dan tanggungjawab
- Pengurusan Aduan Mekenisme pengaduan
- Kerahsiaan
Dengan adanya garis panduan “Kod Sukan Selamat ini” semua penggerak-penggerak yang telibat dalam sukan akan lebih mudah memahami keperluan & tanggungjawab mereka dalam memastikan persekitaran selamat semasa menjalankan aktivit sukan.