Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

251) STATUS PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang menaiktaraf semua PBT menjadi Majlis Bandaraya?

    Untuk makluman, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang melaksanakan semakan semula terhadap Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 4 Tahun 2008 mengenai Kriteria Naik Taraf PBT dengan mengambil kira perubahan semasa dan kepesatan pembangunan perbandaran.

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri menangguhkan semua permohonan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menaik taraf perbandaran kepada bandaraya sehingga kriteria baharu dimuktamadkan oleh KPKT.

  2. Apakah kriteria yang melayakkan sesebuah PBT berstatus Majlis Bandaraya?

    Untuk makluman, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang melaksanakan semakan semula terhadap Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 4 Tahun 2008 mengenai Kriteria Naik Taraf PBT dengan mengambil kira perubahan semasa dan kepesatan pembangunan perbandaran.

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri menangguhkan semua permohonan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menaik taraf perbandaran kepada bandaraya sehingga kriteria baharu dimuktamadkan oleh KPKT.

Lampiran

Tiada Lampiran.