Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
245) KERJASAMA DENGAN PENGUSAHA TEMPATAN UNTUK MEMPERKENALKAN PERKHIDMATAN SEWAAN BASIKAL ELEKTRIK DI STESEN MRT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan kerajaan untuk menyempurnakan sambungan "first mile-last mile" dari stesen MRT terutamanya di kawasan DUN Seri Kembangan?
Kerajaan telah menyediakan perkhidmatan bas seperti Bas Smart Selangor (laluan SJ 04 dan SJ 05), Bas Rapid MRT (Feeder Bus), dan Bas Rapid (Bas Awam) untuk menyambungkan “ first mile ‑ last mile” dari stesen MRT ke kawasan pembangunan sekitar dalam DUN Seri Kembangan.
Bagi menyempurnakan sambungan ‘first mile ‑ last mile” pihak Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif Demand Respondive Transit (DRT). Asia Mobility Technologies Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai pengendali perkhidmatan DRT ini terutama di zon UPM ‑ Serdang dengan mengguna pakai aplikasi Trek Rides. Selain itu juga, terdapat perkhidmatan bas Smart Selangor laluan SJ05 di kawasan DUN Seri Kembangan bagi menghubungkan ketersambungan “ first mile ‑ last mile “.
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk bekerjasama dengan pengusaha basikal elektrik tempatan untuk memperkenalkan perkhidmatan sewaan basikal elektrik di stesen MRT?
MBSJ sentiasa terbuka bagi bekerjasama dengan pengusaha basikal elektrik tempatan dalam memastikan hasrat Kerajaan Negeri bagi mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45% menjelang tahun 2030 berdasarkan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS ‑ 1) 2021 ‑ 2025.