Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

242) CAJ BEG PLASTIK

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah hasil tahunan yang diperoleh daripada pengenaan caj RM0.20 terhadap penggunaan beg plastik sejak 2017?

    Kerajaan Negeri Selangor mula memperkenalkan caj beg plastik sebanyak RM0.20 mulai tahun 2020 bagi sehelai plastik sekali guna. Jumlah kutipan caj beg plastik di Negeri Selangor dari tahun 2020 sehingga 2023 berjumlah RM38,048,240.26 dan perincian seperti berikut:

  2. Bagaimana hasil caj beg plastik digunakan? Adakah ia digunakan untuk inisiatif hijau?

    Pelbagai inisitif hijau telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan/Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, Institut Pengajian Tinggi, Sekolah dan Badan Bukan Kerajaan menggunakan hasil kutipan caj beg plastik yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2020.  Penggunaan perbelanjaan ini digunakan sepenuhnya untuk program-program alam sekitar. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

  3. Apa usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna?

    Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Antaranya adalah program kutipan caj beg plastik yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2020 dengan kadar caj dikenakan sebanyak RM0.20 sehelai. Didapati tahap kesedaran dan penerimaan pengguna terhadap kempen bebas plastik ini sangat tinggi dan pengguna sentiasa berusaha untuk membawa beg guna semula (reusable bag) ketika keluar membeli belah. Selain daripada itu, kebanyakan premis perniagaan juga tidak lagi mengeluarkan plastik sekali guna malah menggantikannya kepada beg guna semula.

    Bagi memastikan Program Kutipan Caj Beg Plastik di Negeri Selangor berjaya sepenuhnya, Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan inisiatif di mana tiada plastik sekali guna pada setiap hari Sabtu dan Ahad walaupun pengguna sanggup dan mampu untuk membayar caj beg plastik tersebut. Manakala, pada hari Isnin hingga Jumaat, caj sebanyak RM0.20 sehelai kekal dikenakan seperti pelaksanaan sedia ada. Pada peringkat permulaan, Kerajaan Negeri hanya akan melaksanakan kempen ini pada setiap hari Sabtu dan Ahad yang merupakan cuti hujung minggu bagi kebanyakan sektor kerajaan dan swasta. Pemilihan hari Sabtu dan Ahad amat bertepatan memandangkan ianya hari cuti hujung minggu dan kebanyakan pengguna akan mengambil peluang untuk membeli barang-barang keperluan di pasar raya atau kedai serbaneka.

Lampiran

Tiada Lampiran.