Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

232) PESERTA HIJRAH DALAM PERUSAHAAN LADANG CENDAWAN SIJANGKANG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status penyelesaian kepada pengusaha atau peserta Hijrah dalam perusahaan ladang cendawan Sijangkang yang sudah tidak beroperasi lagi?

    Berikut adalah penerangan berkenaan Perusahaan Ladang Cendawan:

    1. SYARIKAT PELAKSANA PROJEK TANAMAN CENDAWAN

    1.1    Syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Projek Ladang Cendawan adalah Merong Construction Sdn Bhd. Syarikat ini telah dilantik menjadi Rakan Strategik Yayasan Hijrah Selangor yang berperanan sebagai pelaksana kepada projek penanaman cendawan tersebut. Peserta-peserta dalam program ini adalah dipilih oleh pihak syarikat dan pembiayaan setiap peserta dibiayai oleh pihak Hijrah Selangor mengikut syarat-syarat dan terma yang ditetapkan.

    1.2   Berdasarkan perjanjian pelantikan sebagai rakan strategik, syarikat bertanggungjawab untuk:-

    1. Melaksanakan gerak kerja mengikut spesifikasi yang dicadangkan kepada peserta dan tertakluk kepada apa jua perjanjian atau surat perjanjian antara peserta dan syarikat.
    2. Memastikan pembayaran oleh peserta dijelaskan mengikut kepada Perjanjian Fasiliti Pembiayaan antara YHS dan Peserta.
    • Menyediakan kepada peserta latihan, bimbingan teknikal dan menjamin belian balik hasil yang diusahakan oleh peserta.
    1. Menyediakan laporan bulanan yang merangkumi pemantauan prestasi perniagaan peserta, rekod bayaran balik pembiayaan, laporan program serta perkara-perkara lain yang berkaitan secara bulanan.
    2. Syarikat tidak boleh meminda sewenangnya kos yang terlibat dan jenis Program yang telah ditawarkan kepada peserta tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan YHS.
    3. Dalam situasi berlakunya keingkaran pembayaran semula oleh peserta dan mempunyai tunggakan, syarikat bertanggungjawab ke atas YHS untuk membayar semula jumlah tunggakan.

    1.3    Manakala tanggungjawab pihak Hijrah Selangor adalah seperti berikut:-

    1. YHS akan memberi pembiayaan kepada peserta yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan untuk peserta mengikut skim ini.
    2. YHS berhak menentukan jumlah keseluruhan peserta di bawah Skim.
    • YHS akan menyalurkan pembiayaan terus kepada Syarikat mengikut prosedur dan jumlah dipersetujui.
    1. YHS perlu melunaskan pembiayaan kepada peserta yang berkelayakan dan apa-apa bayaran kepada syarikat dalam tempoh yang ditetapkan

     

    1. LATAR BELAKANG PROGRAM

    2.1    Program ini hanya dilaksanakan di Sijangkang, daerah Kuala Langat. Yayasan Hijrah Selangor (YHS) telah mengkhususkan Skim i-Agro bagi pelaksanaan program ini. Projek tanaman cendawan mula beroperasi pada 5 Oktober 2021.

    2.2    YHS telah mengeluarkan pembiayaan kepada 151 orang peserta dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM 3,932,000.00 dengan purata nilai pinjaman RM26,000 seorang. Jumlah pembiayaan dibayar terus kepada pihak syarikat untuk menyediakan perkara-perkara seperti berikut:-

    1. Deposit Sewa Lot
    2. Kanopi atau struktur bumbung
    • Penyiapan infrastruktur, pembersihan tapak dan kerja tanah, bekalan air, elektrik dan lain berkaitan
    1. Tapak lantai bagi 20×20
    2. Netting
    3. Racking system untuk letak bongkah cendawan
    • 5,000 bongkah cendawan
    • Khidmat nasihat, seminar asas perniagaan & kewangan, latihan dan pengawasan

    2.3    Peranan peserta dalam projek ini adalah seperti berikut:-

    1. Lot 20×20 adalah milik peserta
    2. Peserta adalah usahawan tani
    • Peserta perlu hadir ke lot masing-masing mengikut keperluan
    1. Peserta perlu menjaga bongkah & memetik hasil cendawan sendiri
    2. Peserta perlu membungkus hasil cendawan dalam plastic dengan setiap timbangan 1kg
    3. Perlu menghantar ke pusat pengumpulan yang terletak di tapak itu juga untuk ditimbang dan direkodkan
    • Syarikat akan menjual hasil tersebut
    • Semua pendapatan dari peserta akan direkodkan
    1. Setiap 2 minggu, Syarikat akan mengeluarkan slip bayaran peserta termasuk kos yang ditolak, sewa tapak, utiliti, kos operasi, bayaran balik pinjaman
    2. Pendapatan bersih akan dikreditkan ke dalam akaun syarikat peserta.

     

    3.0 RUMUSAN

    3.1      YHS mula membuat kutipan bayaran balik setelah 3 bulan dari tarikh penerimaan pembiayaan. Pembayaran kutipan semua peserta akan dikutip melalui syarikat. Pada peringkat awal, syarikat membuat bayaran penuh mengikut jadual. Walau bagaimanapun bermula Oktober 2022, syarikat telah mempunyai masalah bayaran balik dengan alasan projek tanaman cendawan diserang hama menyebabkan keseluruhan projek mengalami kerosakan. Pihak YHS telah memberikan moratorium kepada pihak syarikat selama 3 bulan (bermula 15 Jan 2023 – 15 April 2023). Selepas serangan hama tersebut, kualiti hasil cendawan tidak dapat menepati kehendak pasaran (tidak dapat dijual). Hal ini telah memberi impak kepada jangkaan pendapatan peserta tidak dapat dicapai.

    3.2      Sehingga Mei 2024, jumlah bayaran balik yang diterima daripada syarikat adalah sebanyak RM136,521.80 sahaja yang sepatutnya dibayar sebanyak RM2,112,773.00 (bertunggak sebanyak RM1,973,251.20)

    3.3      Untuk menyelesaikan masalah kegagalan projek yang dilaksanakan oleh syarikat dan membayar balik semula pembiayaan setiap peserta projek, beberapa siri mesyuarat bersama Jawatankuasa Pelan Pemulihan Pembiayaan bersama YHS, Syarikat Merong dan EXCO Usahawan (ketika itu) telah dilaksanakan, namun tidak mendapat persetujuan bersama.

    3.4      Pihak YHS telah mengangkat isu kegagalan Projek Tanaman Cendawan oleh Syarikat Merong kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah YHS pada 20 Disember 2023 dengan mencadangkan supaya isu ini diselesaikan melalui nasihat perundangan. Dalam proses YHS mendapatkan nasihat perundangan, bayaran balik setiap peserta ditangguhkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.