Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

231) DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Penggantian) 2035 yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 1/2023 pada 2 Mac 2023?

    Program publisiti dan penyertaan awam Draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035 (Penggantian) telah diadakan pada 30 Mei 2022 hingga 13 Julai 2022. Dalam tempoh tersebut, MPAJ telah menerima bantahan sebanyak 2,558 responden. Bantahan-bantahan ini telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JKSTP) pada 20 dan 21 September 2022 dan 4 Oktober 2022. Pengesyoran JKSTP telah dimasukkan di dalam Draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035 (Penggantian) dan telah          diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor (JPNS) Bil. 1/2023 pada 2 Mac 2023. Walau bagaimanapun, terdapat penduduk yang tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut dan memohon agar bantahan mereka dipertimbangkan semula. Setelah diteliti semula bersama JPBD Selangor, pihak MPAJ berpandangan bahawa bantahan penduduk tersebut adalah relevan. Oleh itu, Draf Rancangan Tempatan MPAJ 2035 (Penggantian) ini akan di bawa semula ke Mesyuarat JPNS untuk kelulusan semula sebelum diwartakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.