Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

227) ISU SISA ELEKTRONIK

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sisa elektronik yang direkodkan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2018 sehingga kini?

    Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, jumlah sisa elektronik (e-waste) yang dijana bagi tahun 2018 sehingga 2023 adalah seperti berikut:

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menguruskan sisa elektronik yang dihasilkan?

    Bagi memastikan pengurusan e-waste dapat dilaksanakan secara lestari, Kerajaan Negeri telah dan sedang mengambil tindakan-tindakan berikut iaitu:

    • Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah melesen sebanyak 28 premis kitar semula yang mampu memproses e-waste ini secara mesra alam bagi menghasilkan logam-logam berharga seperti emas, perak dan tembaga;
    • Memfokuskan pengurusan e-waste secara bersasar iaitu terhadap enam (6) jenis barangan iaitu pendingin hawa, mesin basuh, telefon bimbit, televisyen, komputer dan peti sejuk;
    • Menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdaftar sebagai pusat pengumpulan e-waste di peringkat komuniti dan menyediakan infra struktur yang sesuai untuk tujuan ini sepertimana yang telah dilaksanakan bagi program pengasingan sisa pepejal seperti plastik, kaca dan kertas;
    • Melaksanakan projek perintis bagi menjadikan stesen-stesen minyak dan pasar raya – pasar raya terpilih di Negeri Selangor sebagai Pusat Pengumpulan E-Waste;
    • Pembangunan aplikasi mudah alih (mobile aps) bagi memudahkan rakyat mendapat maklumat mengenai pusat pengumpulan e-waste yang terhampir dengan lokasi masing-masing dan menyediakan kutipan e-waste secara door-to-door; dan
    • Program kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Rakan Strategik Alam Sekitar (RSAS) bagi program pengumpulan e-waste pada hari Sabtu terakhir setiap bulan dan bersempena hari bertemakan alam sekitar seperti Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia, Hari Ozon Sedunia dan Hari Alam Sekitar Negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.