Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
215) PUSAT AKTIVITI BELIA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai perancangan dalam membina tempat aktiviti riadah ataupun membuka satu (1) hub pusat aktiviti belia di Sepang khususnya di Kawasan DUN Sungai Pelek yang jauh di selatan dalam mengimbangi arus permodenan Selangor?
Ketika ini aktiviti – aktiviti belia meliput sukan, sosial dan lain-lain dilaksanakan di fasiliti Majlis Perbandaran Sepang di lokasi Arena BBST, Stadium Mini MPSepang dan dewan komunti seperti Dewan Komuniti BBST, Dewan Komuniti Taman Dahlia, Dewan Komuniti Sg. Pelek dan Dewan Komunid Hulu Chuchoh.