Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

212) PERUNTUKAN JALAN RAYA DI JALAN-JALAN KAMPUNG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah ada tambahan peruntukan untuk jalan-jalan raya dikawasan kampung khususnya di DUN Morib?

    Untuk makluman, peruntukan jalanraya di bawah seliaan PDTKL setakat ini hanya melalui peruntukan MARRIS dan tiada tambahan peruntukan.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah baik jalan-jalan kampung ini yang sebahagiannya tidak diturap sepenuhnya?

    PDTKL akan mengemaskini jalan-jalan MARRIS dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat keperluan untuk menurap jalan-jalan tersebut, siasatan akan dibuat dan projek akan dimasukkan dalam senarai untuk dilaksanakan mengikut keutamaan dan tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi.

  3. Berapa lamakah jika permohonan untuk menurap jalan ini dapat dilaksanakan?

    Penolong Jurutera akan membuat siasatan di tapak dan keperluan tersebut akan di kelaskan mengikut keutamaan. Senarai keutamaan adakan dilaksanakan setelah peruntukan diperoleh terlebih dahulu. Tempoh masa penyiapan projek adalah berdasarkan kaedah perolehan yang dijalankan iaitu samada secara lantikan terus ataupun sebutharga

Lampiran

Tiada Lampiran.