Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

211) PEMBANGUNAN SEMULA KAWASAN PERUMAHAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan dan langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam perlaksanaan pembangunan semula terutamanya di kawasan perumahan bandar yang telah berusia 50 tahun dan ke atas?

    Pelaksanaan Pembangunan Semula (Redevelopment) memerlukan komitmen kewangan yang tinggi dan ianya memerlukan usaha bersepadu serta sokongan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan perancangan pembangunan semula. Pada masa ini, PKNS sedang mengenalpasti kawasan berpotensi dan sedang menjalankan kajian daya maju untuk cadangan pembangunan tersebut. Walau bagaimanapun, sebarang hala tuju selanjutnya adalah bergantung kepada hasil kajian daya maju serta keupayaan kewangan semasa.

  2. Apakah cabaran dan halangan yang akan dihadapi dan cara mengatasinya?

    Pelaksanaan pembangunan semula kawasan perumahan bandar melibatkan beberapa cabaran dan halangan yang perlu diatasi seperti komitmen kewangan yang tinggi, kekangan infrastruktur kawasan lama, mengenalpasti kawasan penempatan sementara, pakej pampasan kepada pemilik sedia ada serta proses rundingan bersama pemilik/penduduk bagi mendapatkan persetujuan terhadap pembangunan semula yang memakan masa yang lama.

    Dalam mengatasi cabaran ini, insentif/bantuan kewangan serta pelan perancangan bagi cadangan pembangunan semula bandar harus bersifat holistik dengan keselarasan dasar di peringkat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan manfaat pembangunan semula ini akan dapat dirasai semua pihak yang berkepentingan.

Lampiran

Tiada Lampiran.