Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

198) INSENTIF PBT

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif kewangan dan bukan kewangan diberikan kepada PBT Sabak Bernam memandangkan kebanyakan kawasannya adalah pertanian?

    Penggantian hasil kepada MDSB melalui geran tahunan telah diberikan bermula tahun 2018 dengan jumlah RM4.3 setahun. Penggantian ini adalah disebabkan kerajaan negeri telah mewartakan sebahagian besar kawasan di MDSB sebagai zon pertanian dan zon hijau di Negeri Selangor. Pembangunan Kawasan Utara Negeri Selangor melalui Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) akan membantu menambah hasil MDSB.

  2. Adakah kerajaan mahu kekalkan PBT berkenaan dengan status zon pertanian bagi terus melabelkannya sebagai ‘PBT asnaf'?

    Selangor adalah sebuah negeri maju dan telah mewartakan sebahagian besar kawasan Sabak Bernam sebagai zon pertanian dan zon hijau Negeri Selangor bagi membantu Kerajaan Negeri mengatasi kekurangan sumber makanan. Kedudukan kewangan MDSB juga semakin baik dengan menunjukkan nilai positif di dalam rizab tunai tahun 2022 sebanyak RM1.23 juta berbanding negatif RM11.85 juta pada tahun 2021. Justeru, MDSB bukan lagi PBT asnaf seperti yang dilabelkan sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.