Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

191) TEKSI AIR DI SUNGAI KLANG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan dapat merancang untuk menambah teksi air (water taxi) di Sungai Klang?

    Pihak Landasan Lumayan Sdn Bhd (“LLSB”), melalui kerjasama dengan Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang, telah melaksanakan program River Educational Trip (“RET”) pada tahun 2022 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap penjagaan Sungai Klang dan memberikan pendedahan mengenai inisiatif pembersihan sungai yang dijalankan oleh LLSB bagi memastikan keterjaminan sumber air pada masa akan datang. Tiada perancangan untuk menambah teksi air buat masa ini memandangkan jumlah bot sedia ada adalah mencukupi bagi menampung kapasiti program RET tersebut.

  2. Jika ya, nyatakan tarikh akan mula. Jika tidak, nyatakan sebab-sebab.

    LLSB sedang meneliti perancangan untuk memperluaskan dan menambah teksi air di masa akan datang. Walau bagaimanapun, cadangan penambahan teksi air tertakluk kepada pembangunan infrastruktur dan pembangunan pesisir sungai yang sedang / bakal dilaksanakan yang mampu menjadi tarikan dan produk pelancongan baru di sepanjang Sungai Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.