Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

170) PENINGKATAN PENGUASAAN BAHASA ARAB SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DAN MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (MITS)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pencapaian Bahasa Arab SPM/STPM/STAM 2022 dan 2023.

    Gred Purata Matapelajaran (GPMP) bagi Matapelajaran Bahasa Arab untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tahun 2023 meningkat iaitu 3.59. Peningkatan adalah sebanyak 0.66. Manakala untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menurun sebanyak 0.4, iaitu 2.75 bagi tahun 2022 dan 3.15 bagi tahun 2023.

    Gred Purata Matapelajaran (GPMP) bagi Matapelajaran Bahasa Arab untuk Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) tahun 2023 meningkat iaitu 2.12 berbanding tahun 2022, iaitu 2.43. Peningkatan adalah sebanyak 0.31. Manakala untuk Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM) menurun sebanyak 0.6, iaitu 3.23 bagi tahun 2022 dan 3.83 bagi tahun 2023.

  2. Apakah program-program pengukuhan Bahasa Arab yang dilaksanakan di sekolah ini?

    Program – program pengukuhan Bahasa Arab yang dilaksanakan di sekolah-sekolah ini adalah seperti berikut:

    1. Memperkasakan kemahiran guru dan pelajar untuk bertutur dengan bahasa arab melalui Modul Pemberdayaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang telah bermula tahun 2019.
    2. Perlaksanaan Modul ”Baina Yadaik” bagi tujuan memantapkan komunikasi Bahasa Arab di kalangan murid dan guru.
    3. Membekalkan guru Bahasa Arab dari luar negara.
    4. Melaksanakan Minggu Bahasa Arab di peringkat sekolah.
    5. Melaksanakan kursus pemantapan Bahasa Arab dalam kalangan guru.
    6. Melaksanakan Program Mukhayyam Arabi murid-murid MITS.
    7. Penubuhan Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor di Institut Pemberdayaan Negeri Selangor (INSPES) bermula tahun 2013
  3. Berapakah jumlah pelajar Selangor yang mengambil jurusan Bahasa Arab di Mesir, Jordan, Arab Saudi dan Morocco 2024?

    Jumlah pelajar yang mengambil jurusan bahasa arab di negara-negara berkaitan bagi tahun 2024 adalah seperti berikut :

    1. Mesir – 21
    2. Jordan – 49
    3. Morocco – 2

Lampiran

Tiada Lampiran.