Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
168) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan Selangor terhadap penceroboh tanah milik kerajaan untuk dijadikan tapak pembuangan sampah haram?
Seperti semua Ahli Yang Berhormat sedia maklum, antara tindakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap mana-mana penceroboh tanah kerajaan termasuklah mereka yang mengoperasikan tapak pembuangan sampah haram adalah bakal dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 425 KTN yang mana memperuntukan denda tidak melebihi RM500,000.00 dan penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan. Walau bagaimanapun, bagi memberikan hukuman yang lebih menyeluruh kepada penceroboh / pengusaha tapak pembuangan sampah haram yang dikenalpasti, lain-lain tindakan penguatkuasaan boleh dilaksanaken bersama lain-lain agensi yang berkaitan.
-
Berapa banyak kes pencerobohan yang diselesaikan dan apakah halangan untuk diselesaikan sepanjang tahun 2023 hingga kini?
Berikut adalah statistik pencerobohan tanah Kerajaan yang berjaya diselesaikan mengikut Daerah diseluruh Negeri Selangor.
Halangan yang dihadapi oleh Pejabat Tanah Daerah dalam menangani isu berkaitan tapak pembuangan sampah haram di atas tanah Kerajaan adalah seperti berikut:
- Tempat pembuangan sampah diatas rizab jalan atau rizab Sungai yang jauh daripada penempatan atau jarang-jarang dilalui oleh pengguna jalan raya;
- Sampah dibuang pada waktu malam; dan
- Punca kuasa bagi menangani sampah haram diatas tanah Kerajaan tiada dalam Kanun Tanah Negara (Akta 828). Seksyen 425, menyatakan hanya kesalahan menduduki, membina bangunan, membersih, membajak, mengepungi, menggali, menanami pokok, memotong dan memindah apa-apa kayuan atau bahan batuan tanpa kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri adalah suatu kesalahan yang boleh didenda tidak lebih daripada lima ratus ribu atau penjara tidak melebihi lima tahun. Bagaimanapun, bagi aktiviti pembuangan sampah haram diatas tanah Kerajaan menjadi kekangan dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan.
-
Senaraikan kes pencerobohan tanah kerajaan di Daerah Hulu Langat.
Kes pencerobohan tanah Kerajaan (pembuangan sampah haram) di Daerah Hulu Langat:-