Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

166) INFRASTRUKTUR JALAN DAN LONGKANG YANG ROSAK

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan dan hukuman yang telah diambil oleh PBT berkaitan infrastruktur jalan dan longkang atau parit yang rosak di DUN Semenyih disebabkan projek pembangunan seperti taman perumahan baru dan komersil yang memberi kesan langsung kepada penduduk sekitar bagi tahun 2023-2024?

    Pihak Majlis telah mensyaratkan kepada mana-mana pemaju yang membangunkan lot pembangunan mereka untuk menaiktaraf infrastruktur jalan dan longkang yang berhampiran dengan lot pembangunan dan sekiranya berlaku kegagalan semasa pembinaan dijalankan (banjir lumpur dan keruntuhan cerun), pihak Majlis akan mengeluarkan kompaun dan Notis Berhenti Kerja dan Notis Arahan Pembaikan kepada pemaju terlibat.

    Pihak Majlis sentiasa menjalankan kerja-kerja pemantauan secara berkala bagi memastikan pemaju mematuhi syarat-syarat di dalam Pelan Infrastruktur.

Lampiran

Tiada Lampiran.