Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

163) JUALAN RAHMAH MADANI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dengan sambutan hangat jualan Rahmah MADANI di peringkat Selangor, adakah terdapat usaha pihak Kerajaan Negeri untuk memperluas barangan yang dijual?

    Untuk makluman, Jualan Rahmah MADANI digerakkan oleh FAMA. Di Selangor, jualan bergerak menggunakan lori dikenali sebagai Jualan Ehsan Rahmah (JER). Buat masa ini, Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kekal membawa 6 produk utama iaitu ayam, beras, ikan, daging beku, telur ayam dan minyak masak.

    Pada masa sama, terdapat lebih 20 produk OEM yang dibawa bersama seperti tepung, gula, sardin, biskut, bihun, air kordial dan susu tin sebagai barangan tambahan buat pengunjung JER.

    Untuk makluman, dari semasa ke semasa, PKPS akan membawa masuk produk-produk OEM baru sebagai salah satu usaha mempelbagaikan barangan. Terbaharu, PKPS membawa minuman coklat yang dikenali sebagai Choc Malt di JER.

Lampiran

Tiada Lampiran.