Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

158) KORIDOR UTILITI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah gaji dan emolumen yang dibayar kepada kakitangan pengurusan tertinggi dan Ahli Lembaga Pengarah Koridor Utiliti Selangor? Sila perincikan.

    Elaun/imbuhan yang diterima oleh Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Syarikat adalah mengikut Garis Panduan Pakej Imbuhan ALP / Ahli Lembaga Pemegang Amanah Syarikat-syarikat Milikan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) (GP Tersebut) yang telah diedarkan kepada anak-anak syarikat milikan MBI melalui surat bertarikh 29 Julai 2022.  Maklumat berkaitan Elaun yang diterima oleh ALP KUSEL adalah seperti berikut:

    Manakala gaji bulanan kepada kakitangan Pengurusan Tertinggi Syarikat adalah mengikut skala/tangga gaji dengan merujuk kepada gred perjawatan disandang seperti mana yang telah digariskan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) selaku syarikat induk.

    Maklumat berkaitan gaji dan elaun tetap yang dibayar kepada kakitangan Pengurusan Tertinggi adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.