Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

140) PEMBANGUNAN KAWASAN LADANG SAWIT FELCRA BATU 8 SIJANGKANG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri berkenaan dengan pembangunan kawasan ladang sawit Felcra Batu 8 Sijangkang?

    Ladang FELCRA Batu 8 Sijangkang terletak dalam Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. FELCRA Berhad telah membuka ladang ini pada Mei tahun 1998, dengan keluasan bertanam 560.530 Hektar dengan julat pegangan setiap peserta dari 0.40 Hektar sehingga 1.21 Hektar dengan tanaman kelapa sawit.  Jumlah peserta seramai 715 orang yang melibatkan 702 lot.

    Pada tahun 2008, peserta bagi ladang ini mula menarik diri secara berperingkat-peringkat. Antara sebab diberikan ialah pembinaan rumah pekerja, pembinaan rumah sendiri, usaha sendiri, dan jualan tanah.

    Melalui Mesyuarat Agong Peserta kali ke 7 yang telah diadakan pada 6 Julai 2013 memutuskan sebulat suara peserta menarik diri daripada menyertai FELCRA Berhad. Susulan Mesyuarat Agong tersebut, 2 mesyuarat telah diadakan iaitu Mesyuarat Penyelarasan Pengunduran Ladang Batu 8 Sijangkang diantara Pengurusan Kawasan dan Wilayah Tengah bertarikh 21 Oktober 2013 bertempat di bilik mesyuarat FELCRA Berhad Kawasan Banting (Batu 8 Sijangkang) dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek (AJKKP) bersama pihak Pengurusan Kawasan serta wakil peserta telah diadakan pada 26 November 2013 bertempat di Pejabat Kawasan Banting (Batu 8 Sijangkang).

    Mesyuarat susulan kali kedua telah memutuskan penyerahan ladang FELCRA Batu 8 Sijangkang kepada peserta untuk dimajukan sendiri berkuatkuasa 01 Disember 2013 serta surat notis penamatan/pembatalkan perjanjiaan antara FELCRA Berhad dan Peserta telah dihantar pada 21 Mei 2015.

    Sehubungan dengan itu, FELCRA Berhad tidak lagi menguruskan ladang FELCRA Batu 8 Sijangkang berkuatkuasa 01 Disember 2013.

  2. Apakah tindakan yang diambil kepada pihak-pihak yang melakukan pembuangan sampah dan pembakaran terbuka di kawasan ini?

    Pihak MPKL akan mengambil tindakan kompaun dan sitaan terhadap pelaku

    yang membuang sampah secara haram di bawah Undang-Undang Kecil 4 Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap dan tindakan kompaun kepada pelaku yang membuat pembakaran terbuka di kawasan tersebut di bawah Undang-undang Kecil 16 Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap.

    Pihak MPKL telah mengambil tindakan bersepadu bersama Pejabat Daerah & Tanah Kuala Langat dan melakukan kekerapan rondaan, ops statik 4-8 kali sebulan serta  mengeluarkan notis amaran bertulis kepada tetuan tanah dan menahan operator lori-lori haram yang melakukan kesalahan pembuangan sampah dan pembakaran terbuka di tanah pertanian. Sebagai makluman pada tahun 2023 sebanyak 5 lori disita dan tahun 2024 sebanyak 5 lori telah disita.

    Berikut senarai tapak tanah pertanian yang telah dijadikan tempat pelupusan sampah :

    MPKL telah mengeluarkan notis kesalahan dan notis pemberitahuan dalam operasi penguatkuasaan bagi pembuangan sampah haram di bawah akta :

    1. Undang-Undang Kecil, UUK 4 Pemungutan, Pembuangan & Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007 untuk menempatkan sisa kekotoran di mana-mana tempat adalah tidak dibenarkan.
    2. Undang-Undang Kecil, UUK 16 Pemungutan, Pembuangan & Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007 untuk pembakaran terbuka
    3. Seksyen 80 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk kacau ganggu di kawasan sekeliling.

    Berikut adalah data notis yang telah dikeluarkan dari Januari sehingga Mei 2024 untuk kawasan Bt 8, Sijangkang :-

  3. Adakah tapak pembangunan lot di sini mempunyai kebenaran pihak berotoriti?

    Tidak, berdasarkan Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030, kawasan ini merupakan zon pertanian dan aktiviti pemabangunan selain pertanian adalah tidak dibenarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.