Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
133) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan kapasiti sebenar Asrama Unisel Kampus Bestari Jaya dan bilangan penghuni terkini.
Kolej Kediaman di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya mempunyai 44 blok asrama berkonsepkan apartment yang boleh memuatkan 4,780 orang pelajar dengan dilengkapi 3 atau 2 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, ruang dapur dan ruang ampaian bagi setiap unit kediaman. Kolej Kediaman UNISEL juga menyediakan pelbagai kemudahan dan fasiliti seperti perkhidmatan Wi-fi, mesin ATM, dobi layan diri, kedai serbaneka, kemudahan sukan dan sebagainya.
Kapasiti maksimum penginapan bagi Kolej Kediaman UNISEL Kampus Bestari Jaya adalah sebanyak 4,905 pax.
Penghuni terkini pada Semester April 2024 adalah seramai 3,282 orang pelajar sedang menginap di Kolej Kediaman UNISEL Kampus Bestari Jaya yang terdiri daripada 864 orang siswa dan 2,418 orang siswi.
-
Apakah perancangan Unisel dalam memastikan penginapan pelajar di kampus Bestari Jaya dapat dimaksimumkan penggunaannya?
Universiti Selangor (UNISEL) melalui Residensi Pelajar, Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti sentiasa merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan penjenamaan imej dan pemasaran seiring dengan aspirasi pengurusan universiti untuk menyediakan asrama yang kondusif kepada pelajar dan menarik lebih ramai pelajar untuk masuk ke UNISEL.
Pelbagai kemudahan dan fasiliti telah dinaik taraf melalui projek transformasi yang dilaksanakan seperti pembaikan unit kediaman yang rosak atau KIV, pembaikan bumbung asrama, menaik taraf blok penginapan di Kolej Hulu Langat (Blok E) dan Kolej Kuala Selangor (Blok A), mewujudkan unit kediaman dilengkapi penyaman udara, menyediakan kemudahan tambahan untuk keselesaan pelajar seperti penapis air, pusat aktiviti pelajar, kemudahan sukan dan sebagainya.
Bagi membolehkan Kolej Kediaman UNISEL Kampus Bestari Jaya dapat dimaksimumkan penggunaannya, UNISEL telah merancang tambahan beberapa projek transformasi seperti berikut:
- Penstrukturan semula Kolej Hulu Selangor (Blok C) kepada asrama siswi untuk menampung lebih pelajar siswi seiring dengan penambahan jumlah pelajar siswi di UNISEL. Transformasi ini akan menyediakan tambahan sebanyak 568 pax untuk penginapan asrama siswi.
- Mewujudkan unit kediaman yang boleh dihuni oleh 9 orang pelajar atau unit 9 pax dengan anggaran penambahan kapasiti berjumlah 125 pax di Kolej Sabak Bernam (Blok B) untuk pelajar siswa. Berikut merupakan jadual perbezaan pax:
- Perancangan secara sistematik dan berjadual untuk kerja-kerja baik pulih dan pembaikan unit rosak (KIV) bagi memaksimumkan kapasiti penginapan Kolej Kediaman Unisel. Fasa pertama pembaikan unit KIV telah selesaikan dilaksanakan pada November 2023 melibatkan 116 unit kediaman dengan penambahan kapasiti sebanyak 696 pax.
- Pada masa yang sama, bagi menjamin keselesaan penghuni, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan termasuk:
- Transformasi kafeteria
- Tambahbaik Dewan Naib Canselor
- Naik taraf Pejabat Residensi Pelajar
- Transformasi ruang aktiviti pelajar
- Penggantian pagar Kolej Kediaman kepada pagar anti-climb
- Penambahan Kamera litar tertutup (CCTV) untuk menjamin keselamatan penghuni
- Mewujudkan blok penginapan dengan unit kediaman yang dilengkapi dengan penyaman udara
- Kemudahan penapis air yang disediakan oleh UNISEL dan juga hasil sumbangan pihak luar
- Naik taraf gelanggang sukan Kolej Kediaman
- Khidmat sokongan 24 jam
- Sokongan kesihatan mental
- Naik taraf padang sintetik
- Kemudahan gelanggang futsal khas untuk siswi
- Kemudahan Wi-fi 4G