Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

132) PENYENGGARAAN LAMPU-LAMPU JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan agensi yang menyenggara lampu-lampu jalan sepanjang 6 kilometer di Jalan Kapar-Kuala Selangor (FT05) dari perkampungan Tambak Jawa ke Batu 18 Jeram beserta pembahagian kawasan jagaan masing-masing.

    Lampu jalan sepanjang 6 kilometer di Jalan Kapar-Kuala Selangor (FT05) dari Perkampungan Tambak Jawa ke Batu 18 Jeram adalah di bawah senggaraan JKR Daerah Kuala Selangor (Unit Penyenggaraan Elektrik Daerah).

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyeragamkan pemasangan dan penyenggaraan terutama di selekoh gelap/berbahaya?

    Bagi jalan-jalan di bawah seliaan JKR Selangor, pemasangan dan penyenggaraan di selekoh gelap / berbahaya adalah di bawah program keselamatan jalan raya di mana permohonan peruntukan untuk pemasangan lampu jenis SOLAR LED akan diberi keutamaan

Lampiran

Tiada Lampiran.