Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
127) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah "Strategy Mapping" kerajaan melalui laluan Bas Smart Selangor dalam memperkasakan ataupun mempromosi tempat-tempat pelancongan melalui PBT?
Perkhidmatan Bas Smart Selangor merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam menyediakan pengangkutan awam percuma kepada penduduk. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai strategi dalam memperkasakan laluan sedia ada bagi tujuan pelancongan. Namun, sebarang cadangan laluan perlu mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) kerana laluan Bas Smart Selangor dan laluan bas henti-henti yang lain adalah ditetapkan oleh agensi tersebut.
Walau bagaimanapun bagi mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2025, Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk mengiklankan tempat-tempat pelancongan pada badan Bas Smart Selangor.