Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

119) SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT (SIBS)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sasaran Selangor International Business Summit 2024?

    Objektif utama penganjuran Selangor International Business Summit setiap tahun, adalah untuk meletakkan jenama negeri Selangor sebagai Gerbang Asia Tenggara, di persada antarabangsa, di samping memberikan satu platform antarabangsa bagi mempromosikan barangan dan perkhidmatan dari negeri Selangor. Sasaran bagi penganjuran Selangor International Business Summit 2024 adalah sebanyak 60 ribu pengunjung dari dalam dan luar negara (2023: 57, 249 ribu pengunjung), dan sebanyak RM7.0 billion (2023: RM6.12 billion) nilai transaksi berpotensi direkodkan semasa program ini berlangsung.

  2. Berapa buah negara akan menyertai SIBS 2024 dan apakah bidang tumpuan yang akan diberikan?

    SIBS 2024 bakal dianjurkan sebanyak dua siri. Siri Pertama yang melibatkan satu pameran taman industri Asia Tenggara iaitu SPARK 2024 dan satu persidangan perniagaan Asia Tenggara iaitu SABC 2024, akan dianjurkan pada 25 – 27 Julai 2024 dan program-program ini akan memberi tumpuan kepada aktiviti promosi ekosistem pelaburan di rantau Asia Tenggara.

    Siri Kedua pula bakal dianjurkan pada 16 – 19 Oktober 2024, dan akan merangkumi 3 program pameran bagi sektor tumpuan iaitu:

    1. SIE (F&B) 2024 bagi Sektor Industri Makanan dan Minuman
    2. SLC 2024 bagi Sektor Sains Hayat (Life Sciences) yang termasuk peralatan dan peranti perubatan, farmaseutikal, kosmetik dan bioteknologi.
    3. SDEC 2024 bagi Sektor Ekonomi Digital, termasuk kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), dan ekosistem syarikat pemula (Startups).

    SIBS 2024 secara keseluruhannya, dijangka akan disertai oleh pempamer, penceramah, pelawat perdagangan, pelabur dan wakil kerajaan dan dewan perniagaan dan industri, dari pelbagai negara terutamanya dari negara-negara Asia Tenggara.  Invest Selangor menjangkakan sebanyak 80 negara akan meyertai SIBS 2024 ini. (2023: 83 negara yang menyertai SIBS 2023).

Lampiran

Tiada Lampiran.