Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

116) PROGRAM INISIATIF RODA DARUL EHSAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat untuk menyertai Program Inisiatif Roda Darul Ehsan yang bekerja dalam industri p-hailing secara sepenuh masa?

    Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam menghargai sumbangan dan jasa penggiat p-hailing di Selangor. Inisiatif tunai kepada penggiat p-hailing ini merupakan satu pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada kumpulan yang telah membantu negeri dan masyarakat dalam mengekalkan aktiviti ekonomi dan kelangsungan hidup. Sejak dilancarkan pada tahun 2020, inisiatif ini telah menerima permohonan yang sangat memberangsangkan terutama daripada belia yang terlibat dengan industri penghantar makanan atau barangan yang dikenali sebagai p-hailing. Sehingga April 2023, jumlah permohonan yang telah diterima oleh Majlis Sukan Negeri Selangor adalah seramai 22,794 pemohon. Sejumlah 9,000 individu telah menerima manfaat ini sehingga hujung tahun 2023. Kerajaan Negeri tidak meletakkan sebarang syarat berkenaan perkhidmatan secara sepenuh masa atau separah masa.

    Syarat-syarat utama adalah seperti berikut;

    1. Terbuka kepada anak jati Negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun;
    2. Berumur antara 17 hingga 40 tahun sahaja;
    3. Mempunyai Lesen Memandu B2 dan D yang sah; dan
    4. Masih aktif dengan syarikat p-hailing yang sah.
  2. Adakah kerajaan bercadang untuk membuka skim ini kepada mereka yang terlibat secara separuh masa?

    Seperti dimaklumkan di atas, Kerajaan Negeri tidak mengenakan sebarang syarat sama ada sepenuh atau separuh masa kepada semua permohonan.

Lampiran

Tiada Lampiran.