Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

115) TEMPAT REKREASI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada usaha dan cadangan bagi mempromosikan tempat rekreasi yang telah berada di dalam kawasan DUN di dalam Negeri Selangor?

    Selangor mempunyai taman-taman rekreasi yang menarik untuk dilawati. Diantaranya adalah:-

    1. Kuala Selangor Nature Park
    2. Commonwealth Eco Forest Park
    3. Taman Tasik Millenium Kuala Kubu Bharu
    4. Shah Alam Lake Garden

    Di antara usaha dan cadangan di dalam mempromosikan produk ini adalah:

    1. Penganjuran program pelancongan seperti program-program Corporate social responsibility (CSR) oleh pihak syarikat swasta, agensi kerajaan, sekolah dan lain-lain di kawasan taman rekreasi yang terdapat di negeri Selangor.
    2. Mempelbagaikan aktiviti yang dapat dilakukan di tempat rekreasi seperti aktiviti perkhemahan, glamping, aktiviti memanah dan aktiviti seperti Skytrek Adventure yang terdapat di Sungai Congkak.

    Menyediakan platform kepada pengusaha atau “care taker” taman rekreasi ini di dalam membantu mereka mewar-warkan dan mempromosikan produk ini di laman sosial media yang sememangnya menjadi “trending” kepada masyarakat sekarang. Perkara ini telahpun dilaksanakan oleh pihak Tourism Selangor di dalam usaha membantu mempromosikan taman rekreasi yang terdapat di negeri Selangor selain memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan produk pelancongan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.