Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
112) SUMBANGAN LEMBU KORBAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah lembu dan kos sumbangan Kerajaan Negeri kepada agensi-agensi Negeri Selangor semenjak tahun 2018, 2019, 2023, 2024?
Kerajaan Negeri Selangor serta Anak Syarikat juga Badan Berkanun bersama dalam melaksanakan Ibadah Korban Peringkat Negeri Selangor menerusi Program Sumbangan Korban Negeri Selangor (PSKNS). Sebanyak 9 agensi di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor telah menghulurkan sumbangan untuk dilaksanakan Program Serahan Perdana Lembu Korban Negeri Selangor ini iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Menteri Besar Incorporated (MBI), Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), Worldwide Holdings Berhad (WHB), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Central Spectrum Sdn. Bhd. (CCSB), Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) dan KDEB Waste Management (KWM). Berikut merupakan jumlah kos bagi penganjuran Program Sumbangan Korban Negeri Selangor (PSKNS) bermula tahun 2018.
-
Mengapakah tidak semua masjid menerima sumbangan lembu untuk tahun 2024?
Peruntukan jumlah lembu korban kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi masjid-masjid Negeri Selangor adalah sebanyak 300 ekor. Jumlah ini adalah kecil berbanding bilangan masjid semasa yang ketika ini berjumlah 430 buah masjid. Oleh yang demikian, bermula pada tahun 2023 pihak JAIS memberikan keutamaan pengagihan lembu korban ke kawasan yang hampir dengan penempatan asnaf yang ramai atau kumpulan B40 agar pengagihan lembu korban dapat dimanfaatkan oleh mereka.