Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
105) STATUS BAIK PULIH PUSAT REKREASI AIR TERJUN SUNGAI GABAI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini bagi baik pulih kawasan tersebut?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah memutuskan Taman Eko Rimba (TER) Sungai Gabai diletakkan di bawah pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Gabai bermula tahun 2005.Sehubungan dengan itu,segala pembangunan prasarana di kawasan ini adalah dibangunkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Walau bagaimanapun, berlaku satu insiden kepala air pada tahun 2021 yang telah menyebabkan prasarana kawasan tersebut terjejas teruk dan kawasan tersebut ditutup hingga sekarang. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor akan mengangkat kertas MMKN bagi menetapkan hala tuju pengurusan TER Sungai Gabai.
-
Apakah inisiatif kerajaan untuk merangsang sektor pelancongan di kawasan tersebut?
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) akan membangunkan semula prasarana di TER Sungai Gabai dan meningkatkan promosi serta hebahan berkenaan keindahan TER ini.