Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

81) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk laporan audit dalam Rancangan Baik Pulih Jabatan, SRA yang uzur semakin bertambah. Adakah Kerajaan Negeri akan menambah peruntukan bagi baik pulih SRA pada masa akan datang?

    Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan yang wajar dan perlu dalam menambah baik bangunan SRA yang uzur agar murid-murid dapat belajar dalam suasana kondusif. Dalam apa keadaaan kerajaan negeri akan terus memberi dan meningkatkan peruntukan kepada sekolah-sekolah bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pelajar mendapat pendidikan yang sempurna.

  2. Apakah perancangan dan tindakan Kerajaan Negeri terhadap sekolah (SRA) uzur dan kurang pelajar?

    Kerajaan Negeri akan terus membuat perancangan rapi dan pengagihan peruntukan mengikut merit sesuai dengan kemampuan kewangan kerajaan. Buat masa ini tiada isu kurang pelajar akibat perancangan sekolah yang tidak strategik khususnya di daerah Sabak Bernam. Sebaliknya, isu kekurangan pelajar adalah kerana berlakunya penuaan penduduk dan penghijrahan kelompok pertengahan ke pinggir bandar dan bandar.

Lampiran

Tiada Lampiran.