Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
80) PERLINDUNGAN KEPADA MANGSA JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan kes jenayah seksual kanak-kanak di Daerah Kuala Selangor dan berapakah yang memerlukan perlindungan di pusat penjagaan berkediaman?
Bilangan kes jenayah seksual kanak-kanak di daerah Kuala Selangor yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh Januari hingga Mei 2024 ialah seperti berikut:
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat memastikan perlindungan lebih baik kepada mangsa seksual jenayah kanak-kanak khususnya yang melibatkan ahli keluarga sebagai pemangsa?
Perlindungan kepada mangsa seksual jenayah kanak-kanak khususnya yang melibatkan ahli keluarga sebagai pemangsa diberikan menerusi inisiatif berikut:
- Pasukan Pelindungan Kanak-kanak (PPKK)
JKM Negeri Selangor mempunyai 11 Pasukan Pelindungan Kanak-kanak (PPKK) di setiap daerah di Selangor. Antara peranan PPKK ialah melaporkan sebarang kejadian penganiayaan dan pengabaian kepada mana-mana Pelindung atau Pegawai Kebajikan Masyarakat (PKM). Selain itu, PPKK turut berfungsi membantu mana-mana Pelindung atau PKM untuk menyelia mana-mana kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan.
2. Perkhidmatan Khidmat Nasihat dan Kaunseling
Bagi membantu kanak-kanak dan ahli keluarga yang traumatik, khidmat nasihat dan kaunseling disediakan oleh seramai 23 orang Pegawai Psikologi di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD).