Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
76) JALAN RAYA DAN LAMPU JALAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah pihak Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah jalan raya yang tidak ada lampu jalan?
Penentuan pemasangan baru lampu jalan dilakukan dengan mengambil kira waran-waran yang berpandukan kepada Arahan Teknik Jalan (ATJ) JKR seperti berikut:
(i) Waran 1 – Operasi kenderaan (Vehicle Operation)
(ii) Waran 2 – Keselamatan pejalan kaki (Pedestrian Safety)
(iii) Waran 3 – Rekod kemalangan (POL 27)
Waran-waran ini akan dikaji dan ditentukan keperluan pemasangan oleh Perekabentuk Jalan (Road Designer).
Cawangan Kejuruteraan Elektrik akan merekabentuk sistem lampu jalan berdasarkan penentuan yang telah ditetapkan oleh perekabentuk jalan (kategori jalan, tahap pencahayaan, cross section jalan, chainage dan sebagainya) dan permohonan peruntukan akan dibuat dan pemasangan di tapak dilaksanakan selepas peruntukan diterima.
Sekiranya jalan tersebut tiada keperluan untuk pemasangan lampu jalan, perekabentuk jalan boleh mengurangkan risiko jalan gelap dengan pemasangan perabot jalan seperti signboard, blinkers atau flashing amber.
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri akan menggunakan garisan jalan bercahaya ataupun 'glow in the dark' diseluruh Negeri Selangor yang jalan rayanya tidak berlampu dan gelap?
Untuk makluman, Buat masa ini terdapat projek rintis menggunakan garisan jalan bercahaya ataupun ‘glow in the dark’ di setiap kawasan terpilih di jalan negeri di Negeri Selangor untuk kawasan-kawasan spot area gelap (tiada lampu jalan) di setiap Daerah dengan kos keseluruhan RM 900,000.00 melibatkan 400 meter panjang jalan.
Pelaksanaan dan kewajaran untuk diteruskan selanjutnya akan mengambil kira hasil keberkesanan projek rintis tersebut. Walaubagaimanapun, Program Pencahayaan Selangor akan diteruskan lebih banyak lampu solar LED.