Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

75) INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif-inisiatif hijau yang dipraktikkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Pelbagai inisiatif hijau sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengurangkan kesan perubahan iklim dan diantaranya adalah seperti berikut:

    1. Pemberian Geran Kecil Alam Sekitar bagi projek Kebun Komuniti dan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH);
    2. Kerajaan Negeri melalui KDEB Waste Management telah menyediakan pusat kitar semula berskala besar di Meru Klang, Bukit Puchong, Subang dan Bukit Changgang, Kuala Langat yang mampu mengendalikan kira-kira 20 tan bahan kitar semula sehari;
    3. Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama pihak swasta sedang menyediakan 1,000 unit kemudahan stesen pengecas EV menjelang 2025;
    4. Menyediakan 2 buah bas elektrik secara percuma di Petaling Jaya;
    5. Pemasangan panel solar di bumbung bangunan kerajaan dan Projek Rumah Selangorku; dan
    6. Melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar secara berterusan di Jabatan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
  2. Berapakah belanja yang diperuntukkan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menggerakkan inisiatif hijau di peringkat Kerajaan Negeri?

    Pada tahun ini, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1,866,750  bagi inisiatif hijau di Negeri Selangor. Senarai program/projek seperti di Lampiran.

  3. Apakah penglibatan pihak swasta dalam usaha inisiatif-inisiatif teknologi hijau Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak swasta bagi menjayakan inisiatif Kerjasama yang sedang dan akan dilaksanakan bersama pihak swasta adalah seperti berikut:

    1. Bersama – sama dengan Syarikat Maxis, Petron dan ERTH bagi pengumpulan sisa elektrik dan elektronik (e-waste);
    2. Bersama – sama dengan Syarikat Nestle Malaysia, Tetra Pak dan KPT Recycle bagi program pengasingan sampah;
    3. Bersama – sama dengan Hospital KPJ Damansara bagi Program pengasingan sisa makanan;
    4. Bersama – sama dengan KDEB Waste Management bagi kitar semula botol plastik;
    5. Bersama – sama dengan Syarikat SOILS Sdn.Bhd.bagi program minyak masak terpakai; dan

    Bersama – sama dengan Syarikat MRCB bagi pemakaian program MS1525 (Energy Efficiency And Use Of Renewable Energy For Non-Residential Buildings) di Petaling Jaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.