Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

63) KERJA PENYELENGGARAAN POKOK

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan arboris berakreditasi di PBT dan agensi Kerajaan Negeri Selangor.

    Bilangan arboris berakreditasi di PBT dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan bilangan arboris dan memastikan setiap PBT mempunyai arboris bagi kelestarian penyelenggaraan pokok?

    Bagi meningkatkan bilangan arboris di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri menerusi PBT di Selangor akan mengesyorkan untuk menghantar kakitangan-kakitangan di Jabatan Landskap PBT yang berjawatan Arkitek Landskap, Pegawai Pertanian, Penolong Arkitek Landskap dan Penolong Pegawai Pertanian untuk mengikuti Kursus Persijilan Arboris bagi meningkatkan jumlah arboris berakreditasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.