Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

59) PEMBANGUNAN SUKAN E-SPORT

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengembangkan sukan ini di Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor sangat komitmen dan menyokong penuh kepada apa juga pembanguan sukan yang dijalankan oleh semua pihak di negeri Selangor. Sukan E-sports atau sinonimnya sebagai cybergames telah mula berkembang di Selangor sejak tahun 2014. Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan E-sports Selangor telah menjadi pelopor kepada pembangunan sukan e-sports di Malaysia. Antara acara – acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti Selangor Cybergames, Selangor Xtiv Esports dan E-sports Selangor Development Program.

    Program – program pembangunan sukan e-sports di Selangor yang di jalankan oleh Persatuan E-Sports Selangor lebih menumpukan kepada program – program akar umbi iaitu memberi pendedahan dan pendidikan awal berkenaan E-Sports di peringkat pelajar – pelajar sekolah dan juga ianya berterusan ke peringkat pelajar institut pengajian tinggi bagi melengkapkan ekosistem e-sports terutamanya dalam bidang akademik dan kerjaya.

    Selain daripada itu, pihak Majlis Sukan Negeri Selangor dan Persatuan E-sports Selangor juga rancak menganjurkan kejohanan – kejohanan sukan E-Sports di Selangor ini secara berskala kecil mahupun besar untuk mencungkil bakat – bakat baru yang berpotensi untuk digilap ke peringkat prestasi tinggi.

  2. Berapakah insentif yang akan diberikan kepada para pemenang di Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia baru-baru ini?

    Pasukan Selangor Red Giants telah menjuarai kejohanan Mobile Legends : Bang Bang Professional League ( MPL ) musim ke-13 2024 anjuran Montoon dan Kementerian Belia & Sukan bermula 29 Mac hingga 2 Jun 2024 bertempat di Stadium tertutup Majlis Bandaraya Subang Jaya. Selaku Juara pasukan Selangor Red Giant telah memenangi hadiah wang tunai berjumlah USD25,000.00 (RM117,500.00). Di atas kemenangan tersebut pasukan Selangor Red Giants akan mewakili pasukan Malaysia ke Kejohanan Mid Season Cup ( MSC ) 2024 yang akan berlangsung di Riyadh Arab Saudi pada Julai 2024 yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak USD100,000.00. Setiap pemain daripada pasukan ini adalah merupakan pemain professional yang dibayar pendapatan bulanan oleh Red Giants Sdn Bhd.

    Kerajaan Negeri Selangor tiada cadangan untuk memberikan sebarang nilai insentif memandangkan perolehan sumber pendapatan dan hasil kemenangan yang diperolehi oleh setiap pemain adalah tinggi disamping penerimaan penaja persendirian kepada setiap individu/atlet.

  3. Adakah fasiliti E-Sport yang dibangunkan oleh kerajaan Selangor?

    Buat masa terdekat ini Kerajaan Negeri Selangor tiada mempunyai hasrat spesifik untuk membina atau membangunkan fasiliti yang berkaitan e-sports. Ini memandangkan kos pembinaan mahupun penyelenggaran sukan e-sports ini sangat tinggi. Walau bagaimanpun bagi pelaksanaan kejohanan berskala besar Majlis Sukan Negeri Selangor akan menjalankan usahasama dengan agensi terlibat bagi menyediakan fasiliti mahupun peralatan pertandingan.

Lampiran

Tiada Lampiran.