Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
56) KES GANGGUAN MENTAL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kes gangguan mental mengikut daerah dari tahun 2020 hingga kini.
Dapatan daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023 (terbaharu), sebanyak 4.6% (1 juta) rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas mengalami kemurungan. Prevalens mengikut umur adalah 7.9% (16-19 tahun), 7.6% (20-29 tahun), 1% ( 60 tahun dan lebih) dan prevalens bagi umur 30-59 tahun adalah dalam lingkungan 2.4%-4.1%. Laporan penuh mengikut negeri masih belum diterbitkan.
Bilangan kes mental yang telah stabil dan meneruskan rawatan di KK bagi trend empat (4) tahun adalah lebih kurang sama bagi negeri Selangor. KK di Daerah Klang merawat pesakit tertinggi iaitu lebih 500 kes setahun, diikuti oleh KK di daerah Petaling (lebih 400 pesakit ) dan Sepang (lebih 300 pesakit).
Untuk Bilangan Pesakit Discaj Daripada Wad psikiatri Mengikut Hospital Di Selangor (2020-2023) adalah seperti jadual di bawah :
Terdapat peningkatan bilangan yang discaj daripada wad psikiatri dari 2294 (2020) ke 3109 (2023). Dan secara kumulaif terdapat 9561 discaj untuk tempoh 4 tahun (2020-2023). Pada tahun lepas, HTAR mencatatkan bilangan discaj tetinggi iaitu 1083, dikuti Hospital kajang 494 dan HSB 406.
Bilangan Rawatan bagi Gangguan Mental Menerima Rawatan (Pesakit Luar) di Hospital Seluruh Negeri Selangor Tahun 2020 hingga 2023 adalah seperti di bawah:
Terdapat peningkatan bilangan yang mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Psikiatri di semua Hospital di Selangor sejak 2020-2023. Secara kumulatif klinik Pakar psikiatri di selangor telah melaksanakan 117,290 sesi rawatan Klinik Pakar sepanjang 2023 dan merupakn yang tertinggi setakat ini. Pada 2023, sebanyak 25,370 sesi rawatan telah dilaksanakan di HTAR dan merupakan yang tertinggi di Selangor, diikuti Hospital Selayang 20,184 dan Hospital Shah Alam 13,886 bagi sesi rawatan di Klinik Pakar Psikiatri.
-
Apakah punca berlakunya gangguan ini?
Punca bagi gangguan ini adalah multi faktorial dan biasanya berhubungkait di antara satu sama lain.
Faktor penyebab gangguan kesihatan mental adalah seperti berikut:
- Faktor dalaman diri sendiri – Faktor genetik dan personaliti seperti tahap ketahanan mental yang rendah terhadap cabaran hidup menyebabkan individu sukar menguruskan cabaran hidup. Individu ini perlu sentiasa dikelilingi sokongan sosial bagi membantu menguruskan cabaran hidup. Faktor gaya hidup juga memainkan peranan, seperti kurangnya kemahiran menguruskan tekanan, terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah, kurang aktiviti fizikal adalah antara faktor penyumbang kepada keadaan ini.
Sumber :
- Role of physical activity on mental health and well-being: A review. (n.d.). PubMed Central (PMC). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC9902068
- Richardson CR, Faulkner G, McDevitt J, Skrinar GS, Hutchinson DS, Piette JD. Integrating physical activity into mental health services for persons with serious mental illness. Psychiatr Serv. 2005 Mar;56(3):324-31. doi: 10.1176/appi.ps.56.3.324. PMID: 15746508.
- Faktor tekanan hidup – Antara cabaran hidup yang dihadapi termasuklah isu kewangan, keluarga dan rumahtangga, kesihatan fizikal, persekitaran perumahan yang tidak menyokong serta isu kerjaya dan tempat kerja. Terdapat juga faktor seperti trauma pengalaman lalu turut menyumbang kepada keadaan ini.
- Stigma terhadap kesihatan mental – Keadaan ini menyumbang kepada keengganan individu yang terkesan dengan kesihatan mental untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerajaan. Rasa malu dilabel sebagai kurang siuman, mental, gila adalah senario yang biasa ditemui. Masyarakat perlumembantu meningkatkan kesedaran ke arah menyokong individu terlibat dengan supaya mendapatkan perkhidmatan ini.
Sumber:
- Corrigan PW, Watson AC. Understanding the impact of stigma on people with mental illness. World Psychiatry. 2002 Feb;1(1):16-20. PMID: 16946807; PMCID: PMC1489832.
- Henderson C, Evans-Lacko S, Thornicroft G. Mental illness stigma, help seeking, and public health programs. Am J Public Health. 2013 May;103(5):777-80. doi: 10.2105/AJPH.2012.301056. Epub 2013 Mar 14. PMID: 23488489; PMCID: PMC3698814.
-
Strategi kerajaan dalam menangani masalah ini.
Pelan Tindakan bagi Program Kesihatan Mental Tahun 2024 di Selangor merangkumi 7 strategi seperti yang digariskan oleh Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of Excellence of Mental Health (NCEMH), KKM.
Strategi 1: Pengukuhan Kolaborasi Inter-Sektoral serta Kerjasama Merentas Agensi
- Mesyuarat teknikal kesihatan mental di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
- Melibatkan semua stakeholder (Pakar psikiatri, Kaunselor, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, NGO).
- Dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun (bulan September 2024).
- Untuk membentangkan pencapaian program, membincangkan isu dan langkah penambahbaikan serta kolaborasi bersama agensi lain.
Strategi 2: Meningkatkan Kemahiran & Pengetahuan bagi Pengendalian Kesihatan Mental di Peringkat Fasiliti Kesihatan Primer dan juga Unit Kesihatan Ibu dan Anak
- Perkhidmatan Minda Sihat di Fasilliti Kesihatan Primer/ Pilot program MyMinda di 1 KK/ daerah.
- Saringan kesihatan mental (saringan Whooley dan GAD-2 di kalangan klien berisiko di Jabatan Pesakit Luar.
- 30 saringan / bulan dan mensasarkan kumpulan pesakit berisiko
- Perkhidmatan Minda Sihat di Unit Kesihatan Ibu dan Anak.
- Saringan Kesihatan Mental (saringan Whooley dan GAD-2) di kalangan ibu mengandung dan ibu yang telah melahirkan anak.
- Untuk menjadi data asas prevalen bagi negeri Selangor tentang dapatan kesihatan mental bagi golongan sasar ini.
Strategi 3: Memperkasakan Kesedaran Kesihatan Mental dalam Kalangan Masyarakat melalui Literasi Kesihatan Mental
- Pelaksanaan ToT Modul Literasi Kesihatan Mental di Peringkat Kesihatan Primer.
- masih menunggu tarikh ToT daripada NCEMH KKM untuk dilaksanakan kepada anggota kesihatan yang lain.
- Pelaksanaan Latihan Kesihatan Mental kepada Ketua Komuniti – LESTARI (Leader Star in Mental Health) – masih dalam draf pelaksanaan.
- Psychological First Aid (PFA) akan dilaksanakan di kalangan anggota SUK / ketua komuniti / Agensi barisan hadapan. Cadangan perlaksanaan adalah dengan kerjasama SUK di mana input teknikal adalah daripada JKNS dan logistik di bawah SUK.
Strategi 4: Pemerkasaan Kesihatan Mental di Tempat Kerja
- Pelaksanaan sudut minda sihat di fasiliti kesihatan.
- Mempromosi kesihatan mental di kalangan warga kerja di KKM dengan kerjasama Unit Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (KPAS) JKNS.
Strategi 5: Sambutan Hari Kesihatan Mental dan Hari Pencegahan Bunuh Diri
- Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Hari Pencegahan Bunuh Diri yang akan dilaksanakan pada bulan September hingga Oktober dengan kerjasama pihak Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dengan kerjasama SUK
Strategi 6: Pelaksanaan Aktiviti – Aktiviti Pencegahan Tingkah Laku Bunuh Diri di bawah Program MySAVE (Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope)
- Latihan pengendalian tingkah laku bunuh diri kepada anggota kesihata (mySAVE). ToT MySAVE telah diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2024 oleh NCEMH kepada semua wakil Jabatan Kesihatan Negeri. Satu latihan akan dilaksanakan kepada anggota kesihatan pada 25 hingga 27 Jun
- Seminar Pencegahan Penderaan Kanak- Kanak dan Remaja 2024 telah diadakan pada 5 Jun 2024 di Auditorium PPAS dengan kerjasama Agensi lain (SUK, PDRM, JKM, SUHAKAM).
Strategi 7: Memperkasa/ Kebolehcapaian Perkhidmatan Kesihatan Mental bersama agensi lain
- Hub Kesihatan Mental di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM). Perkhidmatan kaunseling secara fizikal ini dibuat secara berjadual yang dirancang bersama oleh SUK, LPPKN dan JKNS. Ianya masih dalam peringkat perbincangan pelaksanaan.
- Disebabkan oleh jumlah kaunselor yang sangat minimum di setiap PKD (1-2 orang sahaja, kontrak basis) dan beban pesakit yang semakin ramai menyebabkan masa menunggu temujanji kaunseling yang panjang.
- PKM merupakan pusat yang lebih sesuai untuk penyelesaian isu terutamanya yang berkaitan sosiaoekonomik dan ianya mudah asses kepada orang awam. Guna sama slot kaunseling yang ditawarkan oleh LPPKN untuk memberi pilihan dalam perkhidmatan kaunseling yang lebih sesuai kepada klien/orang awam yang memerlukan.
Strategi 8: Talian bantuan kesihatan mental oleh NCEMH iaitu Talian HEAL : 1555 telah diwujudkan sejak 21 Oktober 2022 dan dibuka setiap hari, 8 pagi- 12 tengah malam termasuk cuti umum.