Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
55) PKPS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan PKPS dalam memajukan sektor pertanian di Negeri Selangor?
Dalam usaha untuk membantu Kerajaan negeri Selangor bagi memajukan sektor Pertanian, PKPS merancang;
i) Food Security
Mewujudkan Hab simpanan makanan untuk rakyat Selangor pada kadar harga yang rendah melalui PKPS Ehsan Marketing Sdn Bhd.
ii) Memaksimakan Penggunaan tanah.
Memaksimakan penggunaan tanah sedia ada dan penambahan aset tanah dengan perancangan pembelian ladang yang berpotensi di Selangor, Sabah dan di negeri – negeri lain.
iii) Pembangunan Usahawan Tani dan Peluang Pekerjaan.
Pemangkin kepada program Pembangunan Usahawan tani di Selangor.
iv) Digitalization And Modernization.
Meningkatkan penggunaan Digitalisasi dan modenisasi sektor pertanian dengan penggunaan teknologi tanaman berteknologi tinggi baharu seperti Hidroponik dan fertigasi menggunakan ioT di laman Hi – Tech Selangor Fruit Valley.
v) Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Melalui Agriculture Centre of Excellence (ACE) PKPS menjalankan kajian R&D untuk mencari kaedah pertanian yang lebih baik dan berkesan. Ini termasuk kajian tentang tanaman tahan penyakit, pengeluaran benih pisang dan vanila, dan inovasi dalam teknik penanaman sayuran.
ACE juga dalam usaha untuk membangunkan kemudahan bagi Analisa Tanah dan Baja (Soil & NPK Analysis).
vi) Projek Ternakan Ayam
Melalui projek ternakan ayam PKPS dalam usaha untuk membangunkan breeder farm untuk menghasilkan sendiri benih ayam untuk mengelakkan kebergantungan benih ayam daging dari luar ini dapat mengurangkan kos pengeluaram ayam daging sekali gus dapat mengurangkan harga ayam dan sebahagian rakyat dapat menikmati harga yang berpatutan.
vii) Projek Selagro Solution Sdn Bhd
Selagro beraspirasi menjadi syarikat pertanian bersepadu (Integrated Farm) yang bukan sahaja menggabungkan aktiviti pertanian dan penternakan, tetapi juga memanfaatkan kitaran semula jadi di antara kedua-duanya untuk mengurangkan sisa buangan (Zero Waste Farm).
Dengan pendekatan inovatif ini, Selagro bertekad untuk menyumbang secara signifikan kepada peningkatan Kadar Sara Diri (SSR) negara sebanyak 5% dalam industri susu segar, jagung bijian, dan bekalan daging, menjadikan pertanian kita lebih mampan dan produktif.
-
Berapakah jumlah ladang yang mencatat keuntungan dan kerugian dalam tempoh masa setakat ini?
Bagi tempoh Januari 2024 sehingga Mei 2024, PKPS mengusahakan 11 ladang sawit. Keseluruhan ladang tersebut mencatatkan keuntungan.