Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
50) SENARAI NILAIAN BARU 2020
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah proses untuk meneliti dan menimbangkan bantahan yang dikemukakan oleh pemilik harta/ pegangan terhadap kenaikan mendadak nilai tahunan baru/ cukai pintu yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan? Bilakah Senarai Nilaian Baru 2020 akan dikuatkuasakan?
Selaras dengan seksyen 142(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], segala bantahan hendaklah disiasat dan mereka yang membuatnya hendaklah diberi peluang untuk didengar dalam penyiasatan itu sama ada mereka sendiri atau melalui ejen yang diberi kuasa. Selaras dengan peruntukan undang-undang PBT perlu mengadakan proses berikut sebelum senarai tersebut disahkan oleh Kerajaan Negeri:
- Menerima semua bantahan secara bertulis daripada penduduk.
- Kesemua bantahan disiasat atas alasan yang telah dinyatakan dalam pada Seksyen 142(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta 171; dan
- Pemunya akan diberi peluang untuk didengar dalam penyiasatan itu sama ada mereka sendiri atau melalui ejen yang diberi kuasa.
Walau bagaimanapun, bagi pemilik/ pegangan harta di kawasan MPKj senarai nilaian baharu tahun 2020 telah pada berkuat kuasa bermula 1 Januari 2024 kerana senarai tersebut telah disahkan oleh Kerajaan Negeri pada bulan Disember 2023.