Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

46) PROGRAM SITHAM

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini bagi program Sitham?

    SITHAM adalah Program Pembangunan Usahawan India Selangor yang bertujuan membantu menaiktaraf kehidupan dan ekonomi dengan janaan pendapatan melalui beberapa bantuan yang diberikan, antaranya adalah latihan usahawan, bantuan geran, kursus kemahiran dan kursus bimbingan. Yayasan Hijrah Selangor (YHS) berperanan membantu melaksanakan program ini melalui peruntukan yang diberikan setiap tahun oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) kepada YHS.

    Bagi tahun 2024, Program SITHAM tidak lagi diteruskan. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri melalui UPEN telah membuat penstrukturan semula dan penyelarasan melalui program seperti Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-SEED) dan program-program di bawah MBI.

    Kerajaan negeri dan Yayasan Hijrah Selangor tidak mengenepikan rakyat, tetapi penstrukturan semula dibuat agar program-program kerajaan negeri tidak bertindan dengan program yang lain.

  2. Berapakah jumlah permohonan bagi tahun 2024 dan berapa peruntukan telah dibelanjakan?

    Tiada permohonan direkodkan untuk Program SITHAM bagi tahun 2024. Jumlah keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan untuk Program SITHAM dari tahun 2019 sehingga tahun 2023 adalah sebanyak RM3,408,556.78

Lampiran

Tiada Lampiran.