Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
44) ISU TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan Tanah Rizab Melayu terjaga dan hanya dimiliki oleh Bangsa Melayu?
Antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan Tanah Rizab Melayu terjaga dan hanya dimiliki oleh Bangsa Melayu adalah dengan cara sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan Tanah Rizab Melayu ini tidak diceroboh ataupun dibuat pengambilan atau pembatalan tanpa penggantian berdasarkan Pekeliling sedia ada Jabatan iaitu Pekeliling PTGS Bil 7/2001 : Dasar dan Garis Panduan Pembatalan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor dan Pekeliling PTGS Bil 3/2015 : Garis Panduan Urusan Pembatalan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu semasa Pengambilan Tanah bagi Tujuan Awam atau Kemudahan Awam bagi Kegunaan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
-
Berapakah jumlah Tanah Rizab Melayu yang masih ada di Daerah Hulu Selangor mengikut Kawasan Batang Kali, Kuala Kubu Bharu dan Ulu Bernam?
Jumlah keluasan TRM untuk Hulu Selangor adalah 17,779.949 Hektar dengan keluasan tanah keseluruhan adalah 175,312.209 hektar menjadikan peratusan keluasan TRM sebanyak 10.14 %. Bagi jumlah Tanah Rizab Melayu mengikut kawasan adalah seperti berikut :