Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
34) PENGURUSAN ZON BERSIH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kemajuan pencapaian dan keberkesanan Zon Bersih bagi setiap PBT di Negeri Selangor pada 2024?
Pelaksanaan Program Zon Bersih telah ditamatkan pada tahun Walau bagaimanapun, program ini masih mendapat sambutan yang amat menggalakkan di peringkat PBT di Negeri Selangor contohnya program yang dijenama semula di MBSA iaitu Anugerah Kejiranan Hijau Zon Bersih Mini dan antara pencapaian yang dikecapi adalah seperti berikut:-
- Johan dan Naib Johan kategori perumahan bertanah dan rumah bertingkat untuk tahun 2019 dan 2020 sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan;
- Johan pertandingan Lanskap Komuniti Terindah Sempena Sambutan Hari Landskap Negara 2020; dan
- Anugerah Khas YB Menteri Wilayah Tahun
-
Apakah kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan Zon Bersih di sesuatu kawasan dan nyatakan langkah - langkah bagi menanganinya?
Antara kekangan pelaksanaan Zon Bersih adalah kurangnya kerjasama, penglibatan dan kesedaran awam daripada komuniti setempat. Justeru itu, pihak PBT mensasarkan kawasan Zon Bersih dengan melaksanakan program bersama penduduk setempat bagi menggalakkan dan memupuk semangat kekitaan. Di samping itu, antara usaha lain adalah dengan mengadakan sesi taklimat kepada kumpulan sasar serta membuat hebahan seperti pengedaran risalah bagi memaklumkan kepada penduduk setempat mengenai kesedaran penjagaan alam sekitar dan kemudahan