Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

32) STATUS PEMILIKAN TANAH PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK) SAUJANA UTAMA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status semasa pemilikan tanah tapak PPDK ini?

    Berdasarkan semakan, tapak yang dimaksudkan telah diserahkan kepada Kerajaan untuk tujuan tapak  Tadika dengan keluasan 0.172 ekar.

  2. Apakah Kerajaan Negeri merancang untuk membangunkan tanah ini?

    Sehingga kini, tiada sebarang permohonan atau cadangan untuk membangunkan Tadika diterima oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor diatas tapak tanah tersebut.

  3. Adakah tanah ini boleh diserahkan kepada persatuan penduduk berhampiran bagi tujuan pembangunan dan pengurusan PPDK?

    Tapak Tadika diperuntukan oleh Pihak Pemaju berdasarkan keperluan penduduk dan tapak adalah dibawah kawal selia oleh pihak Jabatan Perpaduan. Sebarang pemajuan hendaklah berdasarkan atau selaras pelan susunataur Kebenaran Merancang yang telah diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.