Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

25) PERKHIDMATAN DRT

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi kejayaan pelaksanaan perkhidmatan DRT di Selangor dan adakah ia menuju matlamat pengenalannya?

    Pelaksanaan proses pengujian Proof of Concept (POC) Projek Rintis DRT memberikan hasil dapatan dalam mengenalpasti keberkesanan perkhidmatan DRT di Selangor. Sekiranya perkhidmatan DRT dilaksanakan sepenuhnya, hasil dapatan proses pengujian POC Projek Rintis DRT akan menjadi panduan bagi memastikan pelaksanaan tersebut dapat memberikan impak yang tinggi kepada Selangor.

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan perkhidmatan DRT di Selangor?

    Memandangkan tempoh pengujian POC Projek Rintis DRT adalah untuk lapan (8) bulan, usaha pemasaran dan promosi yang dilaksanakan meliputi, antara lain, siaran media sosial, liputan media oleh Selangor Journal dan Astro Awani, pengintegrasian bersama aplikasi Selangkah, paparan notifikasi dalam aplikasi mobile dan booth pameran.

    Sekiranya perkhidmatan DRT dilaksanakan sepenuhnya di Selangor, strategi untuk pemasaran dan promosi akan fokus kepada inisiatif yang akan memberikan impak dan kesedaran tertinggi.

  3. Apakah maklum balas daripada pengguna untuk memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan ini?

    Maklumbalas yang diterima daripada pengguna setakat ini terutamanya dari aspek keselamatan, kondisi kenderaan, keluasan radius perkhidmatan DRT di sesuatu zon, lokasi-lokasi tumpuan serta penetapan virtual stops, kekurangan tahap kesedaran rakyat berhubung manfaat perkhidmatan DRT dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.