Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

392) PERUMAHAN MAMPU MILIK

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan tanah yang diperlukan untuk pembinaan rumah mampu milik?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan dasar perumahan sedia ada serta Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Keempat) yang telah diluluskan pemakaiannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 6 Julai 2022 telah menggariskan bahawa keluasan minima yang diperlukan untuk membina perumahan mampu milik adalah seluas dua (2) ekar.

  2. Berapa unit rumah yang boleh dibina satu-satu di kawasan yang dipilih / ditetapkan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan pembinaan dan jumlah unit rumah mampu milik yang di bina adalah berdasarkan kepada densiti dan zon pembangunan. Densiti maksimum yang dibenarkan untuk membina rumah mampu milik adalah 120 unit per ekar. Oleh itu, jumlah minima unit rumah mampu milik adalah 240 unit (2 ekar x 120 unit per ekar).

  3. Adakah terdapat perancangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk membina rumah mampu milik di DUN Sungai Kandis? Sila nyatakan bila dan lokasinya (jika ada) dan sebab-sebab tiada perancangan (jika tiada).

    Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pembangunan projek perumahan oleh pemaju-pemaju perumahan khususnya penyediaan Rumah Mampu Milik (RMM) bagi kawasan Daerah Klang, Selangor. Ini kerana syarat / keperluan penyediaan Rumah Selangorku (RSKU) akan ditetapkan ke atas tanah – tanah yang dicadangkan untuk dibangunkan. Sehingga 31 Januari 2024, terdapat       47 projek dengan 25,281 unit RSKU telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di kawasan Daerah Klang. Daripada jumlah tersebut, 9 projek dengan 7,424 unit RSKU telah diluluskan di kawasan Dun Sungai Kandis. Perincian seperti berikut :-

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.