Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

391) JALAN ROSAK TERUK DI JALAN SISWI KANAN, JALAN DATO SELLATHEVAN DAN JALAN SOPAN DI DUN SG KANDIS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penduduk di Jalan Siswi Kanan, Jalan Dato Sellathevan dan Jalan Sopan di Dun Sungai Kandis membuat aduan tentang kerosakan infrastruktur (jalan) dan rumah akibat dari projek pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dan kilang-kilang haram.

    Untuk Jalan Siswi Kanan, adakah sebarang kebenaran diberikan kepada syarikat WCE berkenaan menggunakan jalan perumahan tersebut oleh jentera berat mereka?


    Untuk Jalan Dato Sellathevan dan Jalan Sopan, apakah tindakan yang diambil oleh PBT terhadap kilang-kilang haram yang menggunakan laluan jalan di situ untuk jentera berat mereka?

    Pihak JKR Selangor telah menyerahkan sebahagian jalan kepada pihak WCE bagi melaksanakan penyenggaraan sehingga kerja-kerja pembinaan tamat. Walaubagaimanapun, isu kerosakan dan penggunaan jalan perumahan adalah berada di bawah bidang kuasa PBT, manakala sekiranya terdapat isu kenderaan yang melebihi muatan, perkara ini hendaklah dirujuk kepada pihak JPJ untuk tindakan selanjutnya. Isu kilang tanpa kebenaran (KTK) telah di utarakan dan berada dibawah bidang kuasa pihak PBT untuk tindakan selanjutnya.

  2. Adakah jalan alternatif disediakan supaya tidak mengganggu penduduk di Jalan Siswi Kanan, Jalan Dato Sellathevan dan Jalan Sopan?

    Kawasan ini sedang dinaiktaraf bersama lingkaran jalan WCE. Selain itu, tiada jalan alternatif lain yang boleh digunakan.

  3. Jika tidak ada tindakan tegas terhadap pengusaha kilang-kilang haram ini, usaha baik pulih jalan adalah sia-sia dan satu pembaziran terhadap wang rakyat. Adakah usaha dilakukan bagi membaiki kerosakan yang dialami berulang kali ini oleh penduduk?

    Isu kerosakan adalah disebabkan oleh kenderaan yang melebihi muatan dan isu kilang tanpa kebenaran (KTK) yang tidak mematuhi garis panduan kebenaran merancang yang telah ditetapkan.  Perkara ini dibawah bidang kuasa pihak PBT untuk tindakan selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.