Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

390) PEMBINAAN PERUMAHAN YANG TIADA PRASARANA SALIRAN YANG SEPATUTNYA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pihak PBT dalam menyelesaikan pembinaan kediaman persendirian yang tidak menyediakan prasarana saliran yang sepatutnya?

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pemilik kediaman persendirian yang tidak menyediakan sistem saliran bagi bangunan yang dimilikinya berdasarkan Seksyen 81 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] dimana PBT boleh mengarahkan supaya parit-parit dibina bagi premis-premis yang tidak disalirkan dengan sepatutnya.

  2. Senaraikan skim-skim yang boleh dipohon sekiranya terdapat mana-mana pihak yang terkesan akibat daripada ketiadaan prasarana saliran yang sepatutnya.

    Kerajaan Negeri dan PBT tidak menyediakan apa-apa skim bantuan khas bagi tujuan membina prasarana saliran bagi kediaman persendirian. Pembinaan sistem saliran atau perparitan bagi kediaman persendirian adalah di bawah tanggungjawab pemilik hartanah itu sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.