Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

388) PERKHIDMATAN BAS SELANGORKU

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bolehkah pihak sekolah berasrama memohon untuk menggunakan perkhidmatan Bas Selangorku untuk kegunaan pelajar mereka pergi dan pulang ke masjid untuk Solat Jumaat?

    Soalan (a) dan (b) adalah dijawab bersekali.

    Penentuan laluan Bas Smart Selangor adalah di bawah bidang kuasa Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Semua laluan Bas Smart Selangor dan laluan bas henti-henti yang lain telah ditetapkan oleh APAD supaya tidak memasuki laluan lain selain laluan yang telah ditentukan mengikut zon masing-masing. Bas Smart Selangor adalah digunakan untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan awam kepada semua kategori orang awam untuk lokaliti tertentu. Walau bagaimanapun, cadangan untuk menggunakan Bas Smart Selangor untuk kegunaan pelajar untuk pergi dan pulang ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat boleh dikemukakan kepada PBT yang berkaitan untuk sokongan dan seterusnya permohonan berkenaan akan dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri sebelum dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan pihak APAD.

  2. Jika boleh, nyatakan caranya.

Lampiran

Tiada Lampiran.