Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

387) PERUNTUKAN KEPADA ADUN DAN PENYELARAS DUN PEMBANGKANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada Penyelaras DUN di kawasan DUN Pembangkang?

    Perkara ini telah pun dipersetujui secara dasar diperingkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan keputusan akhir berkaitan jumlah peruntukan dan waktu penyaluran akan diumumkan dalam sedikit masa lagi selaras dengan pelantikan Pegawai Penyelaras DUN bagi semua kawasan.

  2. Adakah Penyelaras DUN perlu untuk menyatakan atau menyediakan laporan bagi program-program yang dibuat menggunakan peruntukan tersebut? Sila nyatakan perkara-perkara yang wajib Penyelaras DUN lakukan menggunakan peruntukan tersebut.

    Pegawai Penyelaras DUN perlu menghantar Laporan Insentif Program Rakyat yang wajib mereka laksanakan pada Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing. Mereka juga digalakkan untuk melaporkan semua gerak kerja, program, dan tugas-tugas lain seperti Pendaftaran Skim-Skim Iltizam Selangor Penyayang kepada Pejabat Dewan Negeri Selangor sekiranya diminta berbuat demikian.

  3. Mengapakah Kerajaan Negeri menafikan peruntukan kepada ADUN Pembangkang sedangkan ianya adalah untuk kegunaan kebajikan penduduk? Berikan justifikasi Kerajaan Negeri membuat keputusan menafikan peruntukan tersebut kepada ADUN Pembangkang.

    Kerajaan Negeri Selangor tidak berniat untuk menyekat kebajikan rakyat dan ini dibuktikan dengan mengarahkan setiap agensi Kerajaan bermula dengan Pejabat Daerah dan Tanah dan Penghulu Mukim untuk terus memastikan segala peruntukan rakyat dan program-program kebajikan dilaksanakan dengan bantuan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Malah seperti diketahui, terdapat Pusat Khidmat Masyarakat peringkat DUN dan Parlimen turut diamanahkan untuk menjalankan semua program Kerajaan termasuk permohonan kebajikan sehinggalah semua Pegawai Penyelaras DUN dilantik

Lampiran

Tiada Lampiran.