Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

380) TANAH TOL

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan tanah TOL (temporary occupation licence) dikawasan DUN Morib dan adakah tanah JPS dan JKR termasuk didalam kategori tanah tol?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Pentadbir Tanah Kuala Langat ingin memaklumkan bahawa bagi DUN Morib, tiada permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di bawah Seksyen 65 Kanun Tanah Negara di kawasan Mukim Morib dan Mukim Bandar sepanjang tahun 2022 dan 2023.  Terdapat 17 permohonan LPS bagi Mukim Jugra dengan jumlah seluas 16.5 ekar.

    Permohonan LPS ini adalah suatu kebenaran dalam bentuk lesen yang bersifat sementara diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada mana-mana individu/ syarikat/ perbadanan bagi menduduki tanah kerajaan, tanah lombong atau tanah rizab yang bukan digunakan bagi tujuan maksud perlombongan atau maksud ia dirizabkan untuk suatu tempoh tertentu.  Tanah rizab sungai dan rizab jalan boleh dimohon permohonan LPS dan penggunaannya memerlukan ulasan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.  Kelulusan LPS ini tertakluk kepada peruntukan Seksyen 65 Kanun Tanah Negara dan Pekeliling PTGS Bil. 4/2015.  Pemohonan LPS boleh dimohon di Unit Pelupusan Tanah Pejabat Daerah/Tanah dengan melalui proses-proses berikut:

    1. Kenalpasti lokasi/ semak lokasi di Unit Teknikal

    1. Beli Pelan (2 Salinan= RM 40) di Unit Teknikal dan seterusnya membuat permohonan melalui Borang LPS dan dikembalikan di Kaunter Unit Pelupusan Tanah. Pemohon disyaratkan mengemukakan pelan pra-hitungan bagi kawasan yang dimohon semasa mengemukakan permohonan LPS ke Pejabat Daerah/ Tanah.

    1. Pentadbir Tanah akan memproses permohonan tersebut mengikut garis panduan dan mengikut kategori yang dibenarkan sebagaimana Pekeliling PTGS Bil. 4/2015. Kuasa meluluskan permohonan LPS adalah seperti berikut:

    • Tidak melebihi 1 ekar – Kelulusan Pentadbir Tanah
    • 1 ekar hingga 5 ekar – Kelulusan Pengarah Tanah Galian Selangor
    • Melebihi 5 ekar – Kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    • Selain kategori permohonan yang dibenarkan – Kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

    1. Bayaran yang dikenakan sekiranya pemohon LPS diluluskan adalah mengikut kadar sewaan yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) berdasarkan keluasan tanah yang dimohon. Lain-laian bayaran yang perlu dibayar adalah mengikut bayaran yang ditetapkan di dalam Pekeliling PTGS Bil. 4/2015 dan Kaedah Tanah Selangor 2016.

    1. Tempoh sah LPS adalah 1 tahun. Pemohon boleh diluluskan pembaharuan LPS sebanyak 3 kali pembaharuan yang dibuat setiap tahun.  Oleh itu, kelulusan LPS adalah 1 tahun + 3 tahun pembaharuan.

    1. Pemohon boleh memperbaharui LPS yang telah diluluskan dengan mengemukakan lesen LPS asal dan membuat pembaharuan semula di Unit Pelupusan, Pejabat Daerah/ Tanah.
  2. Adakah tanah TOL masih boleh dipohon dan bagaimana proses atau prosedur permohonan terkini?

Lampiran

Tiada Lampiran.