Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

379) PERPARITAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri bagi menangani permasalahan sistem perparitan dikawasan yang sentiasa berlakunya bencana banjir setiap tahun khususnya di DUN Morib iaitu di kawasan berikut:
    - lorong haji samin, jalan durian kanchong darat, jalan cempaka kanchong darat, jalan bahagia kanchong darat dan jalan pusara kampung sawah

    Untuk makluman Yang Berhormat, permasalahan sistem perparitan di kawasan yang sentiasa berlakunya bencana banjir setiap tahun khususnya di DUN Morib adalah seperti jadual berikut:-

     

    Bil. Lokasi Isu Tindakan Penyelesaian
    1. Lorong Haji Samin Merupakan kawasan rendah. Tiada kerja penyelenggaraan dilaksanakan di Lorong Haji Samin kerana sistem perparitan adalah di bawah tanggungjawab pihak Pembangunan Luar Bandar (PLB).
    2. Jalan Durian Kanchong Darat

     

    Kekerapan hujan lebat dan air larian permukaan yang lambat mengalir ke parit utama disebabkan oleh jarak yang jauh.

     

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melaksanakan kerja-kerja pengorekan dan pembersihan parit tersebut meskipun parit tersebut bukan di bawah seliaan JPS.
    3. Jalan Cempaka Kanchong Darat

     

    Merupakan kawasan rendah.

     

    Kekerapan hujan lebat dan air larian permukaan yang lambat mengalir ke parit utama disebabkan oleh jarak yang jauh.

    JPS Negeri Selangor melaksanakan kerja-kerja pengorekan dan pembersihan parit tersebut meskipun parit tersebut bukan di bawah seliaan JPS.
    4. Jalan Bahagia Kanchong Darat Merupakan kawasan rendah. Kerja penyelenggaraan oleh JPS.
    5. Jalan Pusara Kampung Sawah Merupakan kawasan rendah. Kerja penyelenggaraan oleh JPS.
  2. Apakah penyelesaian yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor berkenaan perparitan yang tidak mengalir dan menyebabkan banjir dan air bertakung?

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sentiasa mengambil perhatian terhadap sistem perparitan di bawah seliaan JPS dengan melaksanakan kerja penyelenggaraan secara berkala termasuklah pemotongan rumput dan pembersihan saliran/ perparitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.