Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
376) BINGKAS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk meningkatkan jumlah penerima BINGKAS bagi tahun 2024?
Buat masa ini Kerajaan Negeri masih mengekalkan jumlah penerima bagi program BINGKAS bagi tahun 2024 berdasarkan peruntukan berjumlah RM108 juta atau 30,000 penerima manfaat yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Selangor.
-
Berapakah jumlah penerima dan jumlah peruntukan bagi BINGKAS 2023 terutama di DUN Morib?
Berikut jumlah penerima dan jumlah peruntukan bagi BINGKAS tahun 2023 bagi DUN Morib. Jumlah peruntukan sebulan adalah berdasarkan jumlah penerima darab amaun pemberian bulanan sebanyak RM300.
Dun Jumlah Penerima
2023
(No.)
Jumlah
Peruntukan Sebulan
(RM)
Jumlah Keseluruhan Peruntukan 2023
(RM)
N53 Morib 337
101,100
1,213,200